Simpan fail secara online di Dropbox
Selalunya kita akan simpan file dan dokumen-dokumen yang penting di dalam hard disk ataupun external hard disk dan pendrive/usb drive.Pernah terjadi pada saya ketika ingin membentangkan satu pembentangan mengenai projek penting ketika saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar satu ketika dahulu,dokumen dan slide presentation tertinggal di rumah dan jarak dari rumah ke tempat kerja adalah sangat jauh dan memakan masa,hanya dengan kecuaian dari saya akan menyebabkan seluruh ahli kumpulan saya akan mendapat markah yang rendah.
Mujur saya mengambil tindakan selangkah ke hadapan dengan menyimpan file dan dokumen saya secara online dan boleh di access menggunakan internet dan hanya perlu login dan muat turun file dari perkhidmatan storage online,dahulu perkhidmatan seperti ini memerlukan kita untuk menjadi ahli berbayar,tetapi kini perkhidmatan ini adalah percuma dan lebih berkesan memandangan tahap storage yang di beri kepada user adalah besar.
Contoh storage online yang terkenal adalah seperti Dropbox yang memberi storage percuma 2gigabyte hingga ke 8 gigabyte secara percuma kepada user.Dropbox juga adalah medium yang sangat sesuai bagi user yang sentiasa bergerak dan memerlukan access yang cepat kepada storage,dengan menggunakan applikasi dari Dropbox,user boleh access Dropbox dari mana-mana sahaja asalkan ada internet connection.File yang disimpan di dalam Dropbox menggunakan email kita sebagai username dan akan synchronise di setiap applikasi Dropbox,jadi ini memudahkan user untuk login dan access ke storage.Boleh dapatkan applikasi ini secara percuma di android market.
Install Dropbox di komputer peribadi anda dan di telefon anda,sekaligus anda akan mempunyai access kepada storage online di PC dan Handphone.Tips untuk mendapatkan storage sehingga 8 gigabyte,anda perlu mendaftar di Dropbox dan gunakan link referrals untuk mengajak rakan-rakan anda mendaftar di Dropbox,setiap user yang mendaftar di Dropbox,anda akan menerima 250mb storage secara percuma.

- paparan aplikasi dropbox pada android

- paparan aplikasi dropbox pada windows
Daftar Dropbox account anda disini

January 27th, 2012 - 02:23
pernah buat satu entry pasal cloud storage ni.. hehe
February 14th, 2012 - 09:16
ada gak simpan file kat google doc
August 1st, 2012 - 23:08
Can a single carry out part of the publish to this web site ? Louisville Farms For Sale