busuk.org One's own shit doesn't smell

26Jan/12101

ping.busuk pro and cons

Disebabkan baru-baru ini timbul isu dimana ada sesetengah user yang memarahi kami kerana telah meletakkan domain mereka sebagai blacklisted di ping.busuk, jadi kami rasa kami perlu menjelaskan dengan lebih detail kenapa kami berlaku tegas terhadap user di ping.busuk. Kami pun tak suka berlaku tegas sebenarnya. Tapi apakan daya, kami terpaksa.

system busuk.org jangan busuk brooo

Diantara sebab utama kami blacklisted sesetengah user yang menggunakan full script adf.ly (semua link diconvertkan kepada link iklan), iframe ke site affiliate seperti says.my, dan popup waiting untuk like fanpage adalah kerana kami mendapat banyak laporan dari user-user atau pengguna widget trafik busuk yang lain. Selain itu, kami juga khuatiri google akan menganggap domain busuk.org ini mengumpulkan link-link yang tidak baik atau link ke 'bad reputation' site.

Kemudian, timbul juga isu "biarlah, aku letak iklan sebab aku nak carik duit jugak, sama macam kau". Ya! tidak dinafikan, busuk.org juga ada mendapat keuntungan daripada iklan-iklan yang ada di semua laman sub busuk.org. Banyak lagi cara lain yang anda boleh buat tanpa menyusahkan user-user yang lain. Adakah anda tahu bahawa kos server yang terpaksa kami tampung setiap bulan adalah lebih kurang RM1000. Jadi keuntungan dari iklan yang ada di laman busuk.org tu berapa sangatlah bila ditolak dengan kos server.

Admin yang menjaga laman busuk.org juga bukan seorang dua. Tetapi lima orang. Anda fikirlah sendiri berapa sangat keuntungan yang kami ada. Jadi apa salahnya kami berlaku tegas untuk menjaga sistem kami yang dah sedia ada.

Semenjak dua menjak ini, kami sering dihubungi pihak berkuasa dan syarikat berdaftar di Malaysia kerana ada sesetengah entry blogger yang memfitnah atau memburukkan nama syarikat itu. Bila jadi kes macam ni, siapa yang susah? kami jugak yang terpaksa review balik satu-persatu artikel user yang berkaitan untuk kami delete agar pihak yang melaporkan itu berpuas hati dengan kerja kami.

Jadi tolonglah faham situasi kami.. Kami buat kerja free-of-charge..  Kos server kami tanggung.. Tolonglah gunakan servis kami ini sebaik mungkin. Seeloknya, tulislah entry hasil karya sendiri dan jangan copy paste hasil karya orang lain ya.

p/s : Kepada domain yang kena ban tu, kami ban seminggu sahaja. Kalau buat perangai lagi, kami ban lagi sekali. hehehe

Posted by crayon

Comments (101) Trackbacks (1)
  1. waka waka.. ritu tgk ada blog cerita belu.. ekeke

  2. admin busuk dan papa gomo adalah kawan baik..

  3. mudah2an x de lg blog2 yg x elok dlm busuk.org.

    :-)

  4. huhuhu kalau la saye ade duit…akan ku tanggung kos2 itu busuk….im still a student…and im an iT student…saye minat gile bende2 nie (internet+iT)..blcklist je website yang langgar dasar..ahahah :D

  5. peraturan yang terbaik..aku suka ping busuk.

    ban jer domain yang post menda tak berfaedah tu..
    dapat dosa tak pasal-pasal sebar gambar tak baik…

  6. ini baru tegas. kalah abang deejay kedai kain.”jangan copy paste hasil karya orang lain ya”- terasa

  7. tegas itu perlu..
    great job!

  8. yang p/s tu xbleh bla… haha…

  9. macam ini baru diorang faham dan dari ini saya harap para blogger yang suka kopypaste tanpa memberi kredit tu di beri pengajaran yang setimpal.. adakah main kopy je bulat2 lepas tu kredit x bg.. bukan naik darah lg dibuatnya tp boleh jadi kuning muka ni…

    • Dah ada yang complaint pasal tu dekat Busuk,tapi apakan daya,itu attitude blogger sendiri,blogger yang beretika tak kan copy paste tanpa credit pada penulis asal,kalau nak copy paste pun,ubah lah ayat apa yang patut dan credit sikit pada penulis,atau sumber mana yang diorang ambil,sesetengah blogger baru diorang kurang faham sikit,macam kami yang dah berblogging lebih dari 6 tahun pun kadang terlepas pandang masalah macam nie.

  10. adoi. kesian pulak kat admin busuk. ape pon aku sentiasa support. nasib baik aku tak buat apa2 yang melanggar peraturan. yang popup LIKE tu aku buat jugak dulu tapi kalau blog x best pon,x semestinya orang tu sanggup tekan LIKE.

  11. aku faham situasi admin busuk..

    aku cukup menyampah kalo orang tinggalkan shorturl.. padahal nak cover link ads.. sangat tak suka orang guna muslihat untuk buat duit..

    satu lagi sebagai peringatan sesama islam.. setiap zaman ada berhala nya.. berhala zaman kita wang ringgit (kebendaan).. sanggup buat apa saja untuk dapatkan “sesuap nasi” yang sangat sedikit disisi allah.

  12. Setuju. servis free pastu nk buat kepala sendiri, pftt. thanks busuk!

  13. Salam. Saya sokong 100%, juga cuba halang budaya copy paste tanpa kredit atau gambar yang melibatkan kelucahan (tak kisah sikit atau banyak) kerana budaya ini hanya merosakkan keilmiahan Melayu di Internet. Terlampau kisah payudara, seksi, lucah berbanding ilmu. Saya minat untuk kongsikan tulisan ini, http://www.adamroslan.com/2011/09/apakah-nsfw-dan-kaitannya-dengan-blog/

  14. As~salam..saya pon suka CCP jugak.mostly dari Ebook/blog lama tak aktif. yang berunsur ilmiah..by right mmg tak best CCP ni tapi bila fikir balik saya nak share cerita ilmiah ni untuk BUSUK.org.Asik cerita yg tak develope minda aja kuar.Cerita ilmiah ni jarang ada credit referer sebab old time story.

    • takpa.. benda copy paste ni memang takleh elak pun.. kami pun copy jugak gambar sheila rusly atas tu.. hahaha.. tapi kalau nak copy artikel orang sekurang-kurang bagi kredit, takpun kenali owner tu.. ada gak sesetengah orang tak suka orang lain copy WALAUPUN bagi kredit.. apa-apa pun, kurangkanlah amalan copy paste ni.. sebab tu saya tulis SEELOKNYA jangan copy paste.. nanti orang tu bising, tak pasal-pasal buruk reputasi kita.. ya dak?

  15. moga busuk terus kekal..

    bila benda free of charge ni, konfirm banyak masalah yang timbul.. moga tabah hadapi ye.

  16. Kesian.. sabar aja lah…
    Manusia nieh memang banyak perangai…
    Pernah terkena dah.. Last2 wa tutup terus website.. bru dpa tau..

  17. hye….cewek mendusa

  18. bagus la mcm tu admin2 busuk.. saye setuju sgt2..klu x buat mcm tu,org lain yg tanggung semua tu.. klu saye la, mau sebulan ban..biar die rasa..hihi..ape pon,semoga busuk terus berjaya ,mengorak langkah dgn lebih lagi dimasa akan datang insyallah..

  19. diminta semua user busuk.org/ping memberi kerjasama.. . :) kesian admin sampai kene tanggung macam ini sekali :) .. hehehe

  20. semua carik jalan mudah nak dapat duit.. apa la diorang ni…

  21. tu la..len kali berblog la secara baik..baru tak kena blok kan…

  22. banyaklah solat dhuha moga dipertingkatkan lagi rezeki…

  23. best la web niiiiiiiiii

  24. please my domain is black listed in busuk so ,i request you to removed ban…because i had already removed adf.ly from my blog ..

    hope can hear me soon

  25. blacklisted domain
    reason : banyak sangat kami terima aduan dari users tentang entri anda yang banyak 18sx. tolong kurangkan entri yang ada gambar kurang elok dan lucah. hubungi admin di fb sekiranya anda memahami mesej kami.

    tolong admin

  26. memperkenalkan sharing site terbaru..
    http://rakanblog.com
    anda juga boleh share entry2 anda disini..

  27. Macam kenal jer… Jangan2 ini budak Taiping tu? Kalau betul, contact gua la. Mana lama tak jumpa. Nanti gua kat SKSLink.com/network
    Jangan SPAM Bomb aku sudah… Hacker Boys!~
    -regards,
    SKSLink.com

  28. aslmlkm.. nak tanya.. kat busuk… ada keja 0 x.. hehe

  29. blog saya xde dalam trafik.. ada pun.. asal xde nama website..putih je

  30. adakah blog saya disekat? xde pun dalam senarai

  31. as’salam.. saya nak tahu,kenapa sy tak blh ping blog kat sini? yg kluar,
    “site url or feeds error”

    adakah sy disekat? tq

    • waalaikumsalam, blog anda keluar error tu sebab masalah feeds. anda boleh ke entri blog busuk yang sebelum ini tentang masalah ping di busuk. anda kena masukkan auto discovery di blog anda supaya crawler busuk dapat feeds anda.

  32. Butooooo lah kau busuk!

  33. butooo lah kau busukk!!

  34. bodoh sape yg ltk belu tuh

  35. kesian, busuk.org ni dh tlg pon kena marah lagi..ape nak buat, masing2 sume rase bagus sndri..

  36. laman web artis.my tu pun kena tunggu lama untuk popup fanpage dia.sampai 300 saat.tak kena blacklisted pun.ekekeke

  37. macam mn nak tahu kena ban eh Admin busuk??

  38. pehal lak blog aku kena ban??? mana ada lucah yang melampau….mana ada gambaq bogel?

  39. wa caya sama lu ping busuk

  40. Sy ni susah nk buat loan.

  41. saya punya domain dah kena bloglist sebab dikatakan banyak flag lucah…aduhh please sye update bukan lucah sangat pun….pastuh kadang-kadang jew gambar2 sexy2 sikit…..hihihi agak2 bila nak di unban nihh :)

  42. Kalu busuk ketengahkan blog yang berunsur agama lagi baik, saya sokong sangat,,,sebab dulu busuk selalu kasi traffik kat saya …sekarang dah x kasi,,,mungkin nak kasi peluang kat blogger lain…
    saya pernah dapat traffik daripada busuk….
    dalam artikel pilihan busuk antaranya :

    1- Ikan sisa nabi
    2- Misteri binaan piramid terjawab
    3- 10 perkara yang sia-sia
    4- 19 mati dalam iman dan banyak lagi….

    Terima kasih busuk.org budi anda Allah aje membalasnya kerana mengetengahkan blog yang lebih berunsur agama dan ilmiah….

    Busuk.org traffik yang TERBAIK…..

    moga anda maju jaya selalu.

  43. setuju la dengan ping.busuk ni…

  44. lama tak ping kat busuk.. :)

  45. teruskan usaha murni tolong blogger baru =)

    baik hati korang semua..

    masalah sungguh bg org yg suka ambil kesempatan..

    =) ,,,

  46. Owh begitu… mmg patut pun, aku sendiri tak pernah kena ban, haha … sebab aku baik. tak caya baca blog aku. Salam Ramadhan….

  47. Salam,admin busuk.org,

    saya ingin bertanya adakah blogshop dilarang ping entry di busuk.org?Saya kurang pasti sebab dah cuba cari syarat-syarat entry disini tapi tak dijelaskan secara detail.Harap diberi penjelasan.

    Terima kasih

  48. terbaikla encik2 pingbusuk ni.saya respeklah

  49. berita diterima….. harap user lain dapat menggunakan laman busuk.org ini dengan harmonis…kitakan org malaysia yg ada tatasusilaan….. gunakan dengan harmonis yer…. terima kasih

  50. betul2..kalau nak beriklan buat laa dengan cara yang betul..hehehehe

  51. cryon please unban me :( janji x buat dah ingat x salah

  52. kenapa xle ping…da login kat twiter,,
    tp pastu refresh still belom login..pening,,,da lebih 2 bulan….semangat ah cmnih

  53. ok
    بيع واستئجار
    منازل على ساحل البحر المتوسط من 20000 € إلى € 2000000، في اسبانيا وكوبا والبرازيل
    تمتع بملاعب الغولف وشواطئ البحر الخلابة
    فرصة عظيمة للاستثمار

  54. salam admin busuk…nape takleh ping artikel lagi ek?.kne blacklist?.kenapa??

  55. admin tolongla jgn blacklist saya,saya janji tak kan post gambar seksi2 lagi…saya blogger baru,tak tau pulak syarat2 busuk..maaf dipinta.. :(

  56. salam kenal admin kat admin blog.busuk.org , Best!!!

  57. salam, admin tolong un-ban laman web saya.. saya email tak dibalas.. saya sedih dah ni.. dah lama x leh ping.. plezz….. Saya x tahu apa yg wat sy di ban..

  58. tolong la balas… plezz.. tolong la unban balik.. dah x dapat trafik lagi..

  59. downgila! blog awak best.


Leave a comment

(required)