busuk.org One's own shit doesn't smell

21May/1219

Submit Artikel: Ping busuk dan RSS Autodiscovery tag

Seperti yang telah diterangkan dari entry yang lepas, ping busuk.org menggunakan bantuan RSS Autodiscovery tag untuk membaca artikel disesebuah laman blog yang dihantar ke busuk.org.

Apa itu RSS Autodiscovery?
RSS Autodiscovery ialah ciri yang membolehkan pelayan web moden seperti Mozilla Firefox, Internet Explorer dan lain-lain untuk mengesan jika sesebuah laman web itu mempunyai RSS feednya sendiri.

Site url or feeds error

Untuk artikel kali ini, saya akan menerangkan bagaimana ping busuk mengesan artikel yang dihantar oleh blogger ke busuk.org dan proses-proses yang dilakukannya. Tujuannya adalah supaya para blogger dapat memahami bagaimana sesuatu artikel yang dihantar itu dapat diterima ataupun ditolak oleh sistem ping busuk.

Ping busuk dan RSS Autodiscovery
Apabila anda submit alamat blog anda, server busuk akan membaca dari RSS Autodiscovery tag untuk memastikan adakah alamat blog yang dihantar itu mempunyai RSS feed ataupun tidak. Terdapat 2 cara dalam menghantar sesuatu artikel di ping busuk:

1. Dengan memasukkan alamat root domain blog anda. Cth:

http://tubelawak.blogspot.com/

2. Dengan memasukkan alamat artikel blog anda. Cth:

http://tubelawak.blogspot.com/2012/04/rasa-untuk-merasai-apa-yang-tidak.html

Sekiranya anda menggunakan cara yang pertama, sistem ping busuk akan mengambil artikel terkini dari RSS feed blog anda dan sekiranya anda menggunakan cara yang kedua, sistem kami akan mengambil artikel dari alamat blog yang anda masukkan, juga ianya akan diambil dari RSS feed tersebut.

Masalah synchronization antara RSS feed dan blog
Ada yang bertanya melalui email dan juga di facebook fanpage:

  1. Kenapa apabila mereka memasukkan alamat root domain blog, sistem ping tidak mengambil artikel terkini dari laman blog tersebut?
  2. Kenapa sistem ping tidak dapat membaca sesuatu artikel tetapi tiada masalah untuk membaca artikel-artikel yang lain?

Jawapannya ialah disebabkan terdapat masalah synchronization diantara RSS feed anda dan juga artikel di blog anda. Masalah synchronization ini terjadi apabila RSS feed anda tidak serasi dengan artikel sebenar di laman blog anda.

Apabila anda memasukkan alamat blog anda di ping busuk, sistem kami akan mencari artikel dari RSS feed anda yang diambil dari RSS Autodiscovery tag. Untuk root domain, sistem akan membaca entry yang paling latest yang diupdate oleh RSS feed anda. Ini bermakna, bergantung kepada RSS feed blog anda, Sistem ping akan mengambil artikel yang paling latest yang telah disenaraikan oleh RSS feed blog anda.

Sekiranya anda memasukkan alamat artikel blog anda, sistem kami juga akan mencari artikel tersebut di RSS feed. Bezanya dengan root domain, sekiranya anda masukkan alamat penuh artikel tersebut, sistem kami akan membandingkan alamat yang dimasukkan itu dengan alamat url yang ada didalam senarai RSS feed blog anda. Sekiranya sistem kami menjumpai alamat url yang sama dari RSS feed dengan alamat artikel yang anda submit itu, maka sistem ping kami akan mengambil artikel tersebut. Sekiranya tiada, sistem akan mengeluarkan error "site url or feeds error".

Jadi, bagi membolehkan sistem ping mengambil artikel blog anda, terlebih dahulu anda perlu memastikan RSS feed synchronize dengan blog anda. Bagaimana cara untuk synchronizekan RSS Feed dan blog? kalau ada masa kami akan buat tutorial cara untuk synchronizekan RSS feed dan blog ataupun anda sendiri boleh membuat carian di google berkenaan dengan cara-caranya.

Flowchart submit url

Tujuan kami berbuat demikian adalah untuk memastikan kesahihan sesuatu artikel yang dihantar ke busuk.org bagi mengelakkan terjadinya penipuan dalam perkongsian artikel di ping busuk.

Diharapkan dengan penerangan diatas, anda dapat memahami sedikit sebanyak proses submit artikel di ping busuk dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa ping busuk tidak dapat mengesan artikel terkini blog anda ataupun tidak dapat mengesan sesuatu artikel itu.

Posted by busuk

Comments (19) Trackbacks (0)
  1. Sejak tukar domain nih…apsal asik entri lama je yg keluar yerr??? entri yg baru x mo kuar lak….

  2. Salam, sebelum ini daftar melalui twitter gagal tidak perasan bahawa feed blog alami gangguan. Selepas di baiki barulah diterima oleh busuk.org.
    Pastikan url dan RSS feed blog anda berfungsi dengan normal.

  3. hahaha…apasal tk boleh ping,lawak lawak…kihkihk

  4. erm tak berape faham dgn penjelasan busuk.org

  5. Saya tak boleh ping topik terbaru. Letak je URL blog die tetap nak detect topik yang lame. Bile post jadi duplicate entry. Bila padam topik lama tu pun, busuk tetap detect post lama tu.. Macam mana nak buat ye ???

  6. kenapa saya dah letak url blog dia keluar error saya dah cuba yang pertama dan kedua still tak error..sebelum ni ok je..pls help me

    thanks

  7. Ping Busuk~
    Knp utk submit article still error? First time ritu ok jer? Ramai yg buat aduan sama… Berindaklah cepat…
    Takkan smata2 utk pastikan ramai signup.
    Lepas dah jd member, dibiarkan mcm tu je?

    Kata member…

  8. seperti yang telah diterangkan.. sekiranya masih terdapat error.. berkemungkinan site rss feed anda bermasalah.. sila semak site rss feed anda.. sekiranya masih terdapat error juga walaupun rss tiada masalah.. sila hubungi kami melalui email ataupun message di facebook page..

  9. tulah pasal… baru jap td sy terkena gak error dr ping nih… sy dh baca penerangan yg ni baru sy faham… means… kena taip, hasil dari idea sendiri…. don’t copy2 ar… even niat baik kita utk sharing is caring… secara tak langsung…meningkatkan kemahiran berfikir… bagus tu… tq admin (lepas ni, kalo dah idea sendiri error gak… mmg something wrong lah ni….coz b4 ni pun ada amik artikel org lain masuk dlm blog utk di share, tp ok je…) sambil pegang dagu yg tak gatal & memikir…

  10. Apa kes ni…………? dah idea sendiri pun masih dapat perkataan ni????
    Mana admin?
    Pelik nih….

    check busuk banner ……………… OK
    check busuk widget ……………… OK
    checking post ………………….. OK

    STATUS : BERJAYA

    ** post berjaya tetapi, :
    - tiada thumbnail, tidak disenarai dalam widget
    - klik sini untuk solution thumbnail -> link

    cuba lagi

  11. duplicate entry? tolonglah… saya buat sendiri tau entry ni… http://ieta-myblog.blogspot.com/2012/11/ya-allah-selamatkanlah-saudara-saudara.html
    dah pasang widget pun stil tak berjaya submit. dah update kat feedbunner pun tak berjaya submit jugak. Kalau macamni… goodbye je lah busuk.org… buang masa belaka. benarlah seperti dikata KMnoor di atas

  12. Masih gagal walaupun dah cuba beberapa kali.

  13. Salam Admin … sudah 3 hari Ad-Din @ Talkwithhand (TWH) tidak dpt utk post artikel di Ping Busuk. Msg yg sampai pada Ad-Din adalah “Anda telah di Black listed dari ping busuk artikel , kerana telah menggunakan gambar lucah”

    Ini tidak benar. Admin. Mohon Jasa baik Admin utk melepaskan Ad-Din @ TWH dari black listed … Terima KAsih ..

  14. salam admin.. buat apa cerita tentang teknikal… orang bukannya tau pon.. cerita la mcm mana nak selesaikan masalah ni.. yang korang dok cerita rss feed la.. itu la.. sistem la.. ini la… cuba cerita mcm mana nak selesaikan masalah ni.. semalam aku ping boleh arini tak boleh…

  15. blog gua pun sama , tiba2 jadi macam ni. 2 bulan ok pastu ko. wakaka


Leave a comment

(required)

No trackbacks yet.