menjawab persoalan di 2dayblogger
pagi ini saya dihubungi oleh rakan admin yang lain memberitahu bahawa ada pengguna yang menegur cara sistem ping.busuk berfungsi di 2dayblogger facebook groups.. jadi saya menulis artikel ini untuk menjelaskan dengan sebenar-benarnya bagaimana sistem ping.busuk ini berfungsi..

pertama sekali berkaitan google penguin atau google panda.. kami memang sentiasa mengikuti perkembangan algorithm baru enjin carian seperti google, yahoo dan juga bing.. dulu mungkin ada carian di busuk tidak memenuhi kehendak user atau menepati keyword carian.. tetapi kini, kami sudah memperbaharui sistem carian kami agar menepati 50% daripada keyword carian.. sekiranya anda menganggap ini sebagai link spamming.. anda sudah salah, kerana output yang kami keluarkan adalah berdasarkan input title daripada blogger sendiri.. contohnya :
blogger menghantar artikel bertajuk "saya makan nasi", kami hanya akan memaparkan "saya makan nasi".. dan konsep link spamming adalah sekiranya kami mengubah struktur keyword itu menjadi random seperti ini :
saya makan nasi
saya saya nasi
saya nasi makan
makan saya nasi
makan makan saya
selain pengubahsuaian struktur keyword, ianya juga boleh dilakukan dengan penggunaan nombor (integer) .. inilah yang dikatakan sebagai linkfarm ataupun link spamming ataupun link stuffing kerana kadangkala input random ini tidak mendatangkan sebarang result yang betul kepada user..
sekiranya anda adalah pengguna blogger.com, anda pasti tahu tentang widget "blog archive".. sebenarnya teknik ini adalah sama saja konsepnya dengan blog archive dimana list dari archive itu membantu penambahan index di google asalkan kandungannya benar dan juga 'wujud'..
dan mengenai search script itu pula, tidak pernah sama sekali mana-mana search engine mengumumkan penggunaan search script adalah salah untuk digunakan.. sedangkan di google juga terdapat link ke carian keyword yahoo..
__________________________________________________________________
yang keduanya pula adalah mengenai backlink dan trafik.. ya, memang kami memerlukan user untuk meletakkan widget pada blog mereka untuk menarik minat user untuk ke laman ping.busuk mencari bahan bacaan.. kenapa kami tidak meletakkan direct link terus ke blog user dan kami meletakkan link busuk.org pada widget?? anda fikirlah sendiri, bagaimana kami mahu membantu blogger lain sekiranya user tidak berkesempatan melihat tajuk artikel dari blog lain.. sebab itulah kami menjadi orang tengah dikalangan blogger untuk mempromosikan blogger yang sama-sama meletakkan widget berkenaan.. konsep ini sama saja dengan apesal dan guablog..
bagi pengguna widget pula, sebenarnya sistem kami telah di-setkan untuk memberi pulangan 3 kali ganda dari apa yang anda beri kepada kami.. contohnya sekiranya anda memberikan 1 trafik kepada kami, kami akan memberikan pulangan 3 kali ganda kepada anda.. tapi dalam situasi tertentu, sekiranya tajuk anda terlalu "common" dan tidak mendapat sambutan langsung dikalangan pembaca, kami akan menolak secara automatik point yang telah diberi kepada kami.. algorithm ini tidak boleh kami dedahkan.. harap maaf.. tetapi anda boleh lihat sendiri, contoh hits yang diterima oleh pengguna user busuk seperti haira hairi, Aq, dan lain-lain..
sekiranya anda bukan pengguna widget kami, submission anda masih tidak sia-sia.. anda boleh check sendiri trafik yang diterima oleh anda setiap hari.. walaupun tak banyak, pasti ada juga sedikit setiap hari.. saya pun tidak faham kenapa ada yang mengatakan kami tidak memberikan backlink kembali kepada user sedangkan trafik masih diterima.. once anda terima trafik daripada kami, itu bermakna anda mendapat backlink daripada kami..
dan satu lagi berkaitan feedburner.. sistem kami menggunakan RSS auto discovery.. sekiranya blog anda menggunakan feedburner, anda tidak akan nampak busuk.org sebagai referrer.. ini sangat berbeza dengan guablog dan apesal kerana anda perlu manually letak link, image, title, dan description.. sistem kami membenarkan artikel anda berada dalam senarai widget selama 3 hingga 5 hari bergantung kepada jumlah artikel yang menyertai widget.. ini adalah berlawanan dengan sistem seperti apesal dan guablog yang membenarkan artikel anda menyertai widget tanpa tempoh had masa..
setiap sesuatu pasti ada pro & cons - nya.. sistem widget kami memaparkan artikel yang baru sahaja (ada had masa) berbanding apesal atau guablog yang memaparkan artikel lama (tiada had masa)
ada juga diantara user yang mengatakan, menghantar artikel submission ke busuk.org membuatkan ranking alexa-nya jatuh.. ini juga tidak benar sama sekali.. alexa mengumpul data melalui alexa toolbar, dns, google indexes, dan lain-lain.. trafik anda masih dihitung walaupun referrer anda adalah 'null' ataupun tidak.. perkara sama juga berlaku kepada kami.. trafik kami tetap maintain setiap bulan, tetapi alexa ranking kami semakin menurun.. adakah kerana submission kami kepada google? sudah pasti tidak sama sekali.. ini adalah kerana banyak website lain yang lebih mendahului dari segi unique visitor, pageview dan sebagainya..
jadi kalau ada persoalan lagi, boleh ajukan kat sini ataupun pada facebook busuk.org ya.. diharap anda dapat memberikan komen atau kritikan yang berhemah.. tak berhemah pun takpa, kami layan juga.. haha..
yang benar - tubelawak tak berapa nak lawak dah
June 12th, 2012 - 13:38
Sangat jelas. Kadang2 kita x jangka algorithm google cmna. Sbb tu kita pikir bukan kita nk kaut trafik org suka2 hati.
June 12th, 2012 - 14:00
aku feed error, apesal.com heh? huh sedih taw
June 12th, 2012 - 14:10
msg kat fb.me/busuk.org url blog anda.. nanti kami PM directly
June 12th, 2012 - 14:42
Aku pn feed error blog gak,tapi segan nak habaq,malu..
June 12th, 2012 - 18:17
booooo. update blog pls.
June 16th, 2012 - 22:41
susah kalau org yg x dpt byk trafik dari busuk..
byk jer komplen..
org kata…
nak seribu daya..
x nak seribu komplen…hehe..
busuk d best
November 4th, 2012 - 15:04
btoy3..
June 12th, 2012 - 14:02
hater gonna hate~
June 12th, 2012 - 14:11
oits, sejak bila aku jadi haters? batu api betullah ko ni. tak tahu apa sengap la. apo ler.
June 12th, 2012 - 14:18
anda sudah basuh kaki sebelum masuk ke sini (:
June 12th, 2012 - 14:26
kaki busuk memang busuk la jawabnya…haha
June 12th, 2012 - 14:03
busuk tak berapa nak busuk dah
June 12th, 2012 - 14:16
hehe, yes! akhirnya terjawab juga. terima kasih kepada admin, anyway aku bukan nak kondem ye. sekadar komen membina, mungkin blog aku korang tak pernah terjah sbb aku tak pnh ping kat busuk. aku ada selit ping busuk kat salah satu artikel aku. pasal search script. js nak nampak korg maju lg. aku ada gak perasan yg korang kena penalti dari google. skg ni aku nampak dah ada perubahan. so make it perfect, salute la. apa yg aku nak smpikan sebenarnya ping busuk adalah antara yg terbaik setakat ini. sebab diindeks oleh google. ping yg lain aku tak nampak.
so, i am not haters ok!
June 12th, 2012 - 14:33
setakat sekarang penah kena penalty ngan facebook & youtube ja.. ngan search.google tak pernah lagi.. yang kat youtube kena strike sebab upload budak kecik isap rokok.. yang kat facebook lak sebab banyak user share link busuk.org, facebook ingat kami buat autopost to wall… sekarang dah takda masalah, lepas kami hantaq report kat facebook..
hahaha.. jangan marah printscreen direct tu ya :p mengejar masa sikit tadi nak update.. sebab sekarang admin busuk masing-masing dah ada komitmen masing-masing.. tak banyak masa macam dulu dah
June 12th, 2012 - 14:38
eh, ok la tu. famous aku dibuatnya. aku tak kisah la, siyes aku klu boleh nak ikut jejak korg gak. tp byk komitmen lain. yg aku nampak ping busuk byk diindeks dan timbul kat serp. tp org lain tah faham sgt. payah la nak terang dengan dorg. pasal komen aku tu jgn ambik hati plak, js nak majukan rakan2 je.
June 12th, 2012 - 14:48
terima kasih jugak kat hang.. kalau tak, kami pun taktau apa pandangan orang lain terhadap kami.. muahs! :*
June 13th, 2012 - 07:34
no hal la, semoga komen aku sebelum ini merupakan komen membangun. jangan anggap ianya satu penghalang pula.
June 12th, 2012 - 16:03
hai abg isa yg #retis..ekeke
June 13th, 2012 - 07:35
jangan nak retis sangat ye.
June 12th, 2012 - 15:53
Rasanya dah banyak kali aku terang pasal Busuk.org kat group tu. Mungkin ramai blogger kenal aku je as admin busuk.org, tapi sebenarnya admin busuk ramai, so biar diorang terang bagi habis kat blogpost
ps: Aku perasan nama aku kena tag kat group tu, tapi malas nak reply kat situ. Hope expaination kat atas membantu, kalau tak boleh mai komen sini lagi haha
June 13th, 2012 - 07:37
mungkin aku terlepas pandang, maklumlah. sebenarnya di facebook tak sesuai untuk perbincangan dan rujukan. jatuh ke bawah, orang dah tak baca. setuju tak?
pasal admin tu, aku tahu. bukan sorang je admin.
June 12th, 2012 - 15:41
Asal nama aku tak naik ? Aku buat post tu kat 2dayblogger…
Siap suruh manfaatkan sebaiknya busuk.org dgn blogr.my…
Sedihlaa camni…. sob3x..
June 12th, 2012 - 15:49
Hang tak bayar komisen kat aku, memang la nama hang tak naik.
June 12th, 2012 - 17:32
saya hensem
June 12th, 2012 - 20:12
+1
June 12th, 2012 - 20:07
Sama kata busuk tak untung, tgk ni
http://i.imgur.com/oJGxl.png
June 12th, 2012 - 23:26
Wow referrel daripada busuk no 2.
Thanks for the screenshot bro
June 13th, 2012 - 00:23
1 March 2012 – 21 March 2012 punya screenshot, lepas tu blog aku kene delete dgn gugel -_-
June 13th, 2012 - 07:38
apa pasal kena delete?
June 13th, 2012 - 09:03
DMCA report byk sgt, kah3
June 12th, 2012 - 22:50
sini ada jual cendol tak?
June 13th, 2012 - 07:39
tak habis-habis dengan cendol. haha
June 13th, 2012 - 09:57
Mohon untuk share entri ini di blog http://www.hasrulhassan.com
June 13th, 2012 - 11:07
aku tak paham sgt tp aku suka guna Busuk sebab admin dia frenly
June 15th, 2012 - 02:37
Erk ye ke haha. Thanks
June 13th, 2012 - 11:58
persoalan terjawap. memang perdebatan ini membantu meningkatkan maklumat pasal busuk
June 13th, 2012 - 17:00
setakat ni rank alexa blog saya tak turun bila guna busuk2 ni, makin naik ada la. Hehe ;p
June 14th, 2012 - 00:59
Dude ! setakat ni, ping busuk memang terbaek / tiptop. seriously.. bukan nak ” Kiss Ass ” or ape, tapi memang fakta. Top refferal link dari busuk.org.. nak layan bace artikel² orang len pun petik je kat situ.. atleast bangga dengan anak melayu macam korang
Thanks busuk.org banyak support scene tanah air ^,^ saluteeeeeeee~
June 15th, 2012 - 13:59
tq. kita sama2 merancakkan industri blogger di Malaysia.
June 14th, 2012 - 23:52
Aku takde hal punya…

Singgah dari mknace unlimited™
Terbaeekkk!!!!
June 16th, 2012 - 00:49
aku ni x berapa tau sangat pasal yg korang dok bincang tu…sekolah x tinggi kan…tp aku ping je mana web yg bagi peluang aku ping..ok la kira ok gak traffic kat blog aku walau ciput..sapa2 yg boleh tolong komen mengenai blog aku apa yg bagus dan x bagus untuk industri blogger sekarang..thnks ye
June 16th, 2012 - 23:15
kenapa banyak sgt enrti lucah masuk buat ping kat sini, harap pihak tuan dpat mengatasi masalah ni, boleh menjejaskan imej busuk.org ni
June 17th, 2012 - 09:52
sedang diusahakan… kami tgh tambah function filter artikel lucah di ping busuk
June 18th, 2012 - 11:55
Sebelum ni nk dpt traffic utk blog n utube channel pnye la ssh. sjak wujud busuk ni ade la traffic sket wlaupun xbyk..its better than nothing.
so klo nk kate busuk dpt byk backlinks ke website busuk balik tu ak rase biase je kot. Klo busuk letak LOGO Busuk kt header pn akn dpt jgak backlink ke busuk.
ape2 pn busuk pnyumbang free traffic la. jia yo !
June 30th, 2012 - 16:02
saya dah banyak ping article di busuk cuma masalah raking alexa saya tiada dibusuk. Dah banyak post tapi tetap raking kosong, so saya rasa trafik disumbangkan juga kosng untuk menjadi raking dibusuk org. Harap pihak admin dapat menyelesaikannya secepat mungkin.
July 15th, 2012 - 21:39
thank banyak sangat dapat info kat sini
August 6th, 2012 - 14:50
Wangi sungguh bagus adalah traffic yg wangi dan unik RSS feed banyak dpt subscriber kerana busuk. ops sorry WANGI.
August 6th, 2012 - 22:30
tak busuk pun
August 28th, 2012 - 19:58
busuk tetap wangi..heee!
October 20th, 2012 - 20:48
terbaik! at least korang bantu gak blogger lain membangun dari segi apa yg korang buleh buat. Better than yg lain, tau kata tapi apa pun xtau buat.
February 25th, 2013 - 15:06
wei nape xleh feed kat busuk asyik error je…
sedih tol…heheh