busuk.org One's own shit doesn't smell

15Jun/1219

Artikel popular hari ini dan mingguan

Assalamualaikum dan salam-bersalaman..  Admin rasa terpanggil untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang artikel popular hari ini dan minggu ini kerana admin dihujani banyak email bertanyakan bagaimanakah sistem artikel popular hari ini dan minggu ini di ping busuk berfungsi. Perlu diingatkan artikel popular ini diperolehi hanya apabila blogger tersebut meletakkan banner busuk.org di blog mereka. Ini untuk memudahkan sistem crawl blog tersebut untuk pilih artikel yang popular dan untuk siteranking.Untuk pengetahuan semua, di ping busuk, kami menetapkan sesuatu artikel itu popular atau tidak bergantung kepada hits yang diterima oleh artikel tersebut. Hits yang diterima ini bermaksud kiraan berapa banyak kalikah artikel tersebut dibaca dan diakses di ping busuk.

Sekiranya artikel tersebut menerima hits yang berterusan daripada unique visitors ataupun readers yang berbeza, artikel tersebut berkemungkinan akan menjadi artikel popular untuk hari ini. Hal ini juga sama dengan artikel popular minggu ini. Sekiranya artikel tersebut menerima hits yang berterusan untuk seminggu, artikel tersebut juga akan terpapar di artikel popular minggu ini di ping busuk.

Mungkin ada di antara readers atau bloggers tidak perasan ataupun tidak alert dengan button "lagi artikel popular hari ini" @ "lagi artikel popular mingguan". Sebenarnya artikel yang menerima hits yang tinggi dan menjadi tumpuan readers akan turut terpapar di artikel popular tersebut.

Untuk pengetahuan semua, artikel popular yang di tangga teratas adalah artikel yang menerima hits paling tinggi untuk hari tersebut / minggu tersebut. Sistem ranking ini diwujudkan untuk memberi keadilan kepada setiap artikel yang dipaparkan agar usaha blogger untuk promote link artikel tersebut akan terbalas sekiranya seseorang blogger itu rajin promote link beliau. Sekiranya blogger malas dan tidak promote link artikel tersebut, besar kemungkinan artikel beliau tidak akan tersenarai dalam list artikel popular.

Di ping busuk, kami sebagai admin turut terkejut dengan masa sesuatu artikel itu di ping. Dalam 1 minit, terdapat hampir 5 atau 4 artikel di ping dan keadaan ini merancakkan lagi rotation artikel popular.

Kami ada menerima email dan juga mesej di facebook daripada beberapa orang blogger mengenai sistem artikel popular ini. Ada yang beranggapan bahawa artikel popular ini tidak bertahan lebih dari 12jam dan ada juga yang beranggapan bahawa admin sengaja membuangkan artikel tersebut.

Sebenarnya ia adalah anggapan yang salah. Oleh kerana sistem kami menerima banyak artikel dalam sesuatu masa, sebab itu kadang-kala tidak sampai berapa saat, suatu artikel yang tersenarai di artikel popular akan dipintas oleh artikel lain kerana hits yang diterimanya melebihi artikel tersebut. Dan ada juga bagi sesetengah keadaan, artikel itu akan bertahan lama kerana hits yang diterimanya semakin bertambah.

Sememangnya admin-admin busuk mempunyai kuasa untuk membuang sesuatu artikel yang telah dipaparkan di ruangan artikel popular. Tetapi artikel itu tidak akan sewenang-wenangnya dibuang begitu sahaja. Kami tidak akan sesekali membuang sesuatu artikel melainkan artikel itu ada berunsur lucah ataupun tidak sesuai untuk paparan umum.

Admin tidak akan sesekali prejudis, pilih kasih, pilih bulu, bias dan sebagainya terhadap seseorang blogger atau sesuatu blog. Tiada guna kami berperangai sebegitu kerana sesuatu artikel.

Diharap dengan artikel ini, rakan bloggers dapat memahami sedikit sebanyak tentang pilihan dari artikel popular hari ini dan mingguan.

Selamat berblogging..

Posted by myariff

Comments (19) Trackbacks (0)
  1. salam..
    tahniah pada yang selalu
    popular di Busuk :)

  2. I ade masalah dengan feed error..pagi tadi oke je..baru2 nih ..langsung takbole masuk kan post saya dalam busuk..knpe ye…

    tolong admin

  3. atrikel polpular kebiasaannya berunsurkan isu panas dan berunsur lucah tapi itulah hakikat perangai kita semulajadi minat perkara sebegitu..kalau berilmiah kurang minat

  4. sukanya saya kalo post saya ada kat side bar tu.. hi hi:D

    sah-sah trafik pon akan mencanak naik..

    adakalanya rasa lucu sebab post yang tak disangka2 jadi top post of the day.. :D

    • Buy a home for €160,000 and you can get permanent residency for free in Spain.
      LARRONDOSI.com REAL ESTATE MEDITERRANEA
      http://www.larrondosi.com/en/
      بيع واستئجار
      منازل على ساحل البحر المتوسط من 20000 € إلى € 2000000، في اسبانيا وكوبا والبرازيل
      تمتع بملاعب الغولف وشواطئ البحر الخلابة
      فرصة عظيمة للاستثمار
      Sale and rental of homes on the Mediterranean coast from 20,000 € to 2,000,000 €, about golf, sea. Great opportunity, bank foreclosed homes in Barcelona, Tarragona, Peniscola, Alicante, etc..
      Verkauf und Vermietung von Immobilien an der Mittelmeerküste von 20.000 € bis 2.000.000 €, über Golf, Meer. Große Chance, Bank-Immobilien auf Zwangsversteigerung in Barcelona, Tarragona, Peniscola, Alicante, etc..
      Vente et location de maisons sur la côte méditerranéenne de 20.000 € à 2.000.000 €, sur le golf, la mer. Excellente occasion, la banque maisons saisies à Barcelone, Tarragone, Peniscola, Alicante, etc.
      Venta y alquiler de viviendas en la costa mediterranea desde 20.000€ hasta 2.000.000€, cerca del golf, mar.Grandes oportunidad, Casas embargadas de bancos, en Barcelona, Tarragona, Peniscola, Alicante, etc.

  5. saya tak pandai nak post artikel. busuk tolong ajar. copy paste artikel orang boleh tak haha

  6. salam..admin.. t.kasih atas penjelasan yang diberi..sy jg ingin bterima kasih kepada semua pembaca yg sudi ke blog sy..
    banyak kali jgk artikel sy terpilih di busuk.org.. t.kasih pada semua,t.kasih busuk

  7. salam,saya belum faham bagaimana submit artikel agar bisa masuk kategori…please help me?

  8. salam sy nak tahu jawapan kertas sains pra percubaan 2012

  9. oo…skrang baru sya paham :)

  10. thank bnayak info dapat kat sini

  11. Akhirnya ada penerangan atas kes ni.

  12. Artikel apa saja ni yang dengan cepat bisa masuk menjadi artikel terpopuler ?
    saya sangat penasaran..

  13. http://www.work4lr.com/?reffer=speedgroup4u
    SAYA DERMA USD2.TAPI SUDAH DAPAT RM 25K
    RUGI KALAU ANDA TIDAK JOIN.BONUS MASUK TERUS KE
    AKAUN LIBERTY RESERVE ANDA REAL TIME.
    USD2 JE…..BUKAN USD 2000.THINK POSITIFFFFFFFFFF
    CUBA – TRY – TEST !!!

  14. tak sangka..semalam saya dapati ada nama saya utk membolehkan saya memasukkan link blog saya kat PING! anta artikel anda…walau pun tak masuk popular post mcm artikel blog lain, saya rase dah ok lah tu..t ksh..


Leave a comment

(required)

No trackbacks yet.