busuk.org One's own shit doesn't smell

22Jun/1248

filter artikel lucah di ping busuk

atas permintaan ramai, kami telah menyiapkan sistem untuk menapis artikel lucah melampau di ping busuk.. tambahan pula ramai pengguna widget, merungut dan rasa bersalah apabila laman blog mereka menjadi medium penyebaran artikel lucah.. jadi sekiranya ada diantara artikel anda telah di-reject oleh kami, tolonglah faham kenapa ya.. sebelum ada yang tersalah faham dengan sistem baru kami ini, sila baca dan fahami dulu bagaimana sistem filter artikel lucah ini berfungsi..

melalui title dan description submission anda, kami akan check setiap perkataan yang ada untuk mengenal pasti mana satu artikel yang berkebarangkalian lucah ataupun tidak bersesuaian.. contohnya, kami akan kuarantin-kan mana-mana artikel yang mengandungi perkataan "bra"..

filter : bra
affected : ibrahim ali
affected : anwar ibrahim
affected : abraham lincoln

filter : raba
affected : antarabangsa
affected : serabai

jadi sekiranya artikel anda tidak lucah tetapi disyaki lucah untuk di-review oleh admin kami, anda tidak perlu risau.. kerana prosedur seterusnya dilakukan oleh 'manusia' sendiri.. kami akan menilai berdasarkan akal fikiran kami untuk membenarkan artikel tersebut dikongsi pada umum ataupun tidak..

sekiranya anda berkeinginan atau ada pasang niat untuk submit artikel lucah, sila berfikir kembali.. adakah berbaloi perbuatan anda itu? halalkah pendapatan yang anda terima melalui blog anda itu? dan kami juga ingin ingatkan, sekiranya terlalu banyak artikel lucah yang anda submit, kami tidak akan teragak untuk ban domain atau username anda..

Posted by crayon

Comments (48) Trackbacks (1)
  1. tahniah dan syabas buat busuk, lagipun dah banyak sangat site mcm taik duk fitnah sane sini seeloknye blacklist kan terus lagi elok.

  2. Akhirnya. Terima kasih admins!

  3. salam team busuk, nak tanye sket bleh? korang host busuk.org kat hosting mana? sy tgh wat survey hosting mane nak pakai. terima kasih.

    • malaysia ada banyak web hosting

      1. netonboard
      2. serverfreak
      3. shinjiruhosting
      4. webserverdotmy
      5. thegigabit
      6. ipserverone
      7. datakl
      8. myeasynet
      9. embunweb
      10. readyspace
      11. thn hosting

      boleh cuba google tgk mana plan yang sempurna untuk azri.. busuk.org host kat luar malaysia.. tak sewa tapak web hosting.. kami pakai dedicated server sendiri..

  4. gud job, xde la mcm tempat himpunan article2 lucah sgt lepas ni -_-

  5. prosedur seterusnya dilakukan oleh ‘manusia’ sendiri

    i like, sebab den banyak buat entri pasal politik, takut tersangkut kat filter pula =D

  6. Admin nak pesan tak payahlah sebab nak tarik trafik sampai nak buat cerita-cerita/tajuk/letak gambar lucah,buat tarik dosa lagi ada lah..banyak lagi cara nak tarik peminat baca blog.Lagi satu yang dok tulis lucah-lucah nie pun admin hairan banyak peminat/pembacanya perempuan..

  7. tahniah admin, memang patut ada dari dulu……kadang2 posting sangat melampau….lucahnye…bravooo

  8. Salam..
    elok sangat la bila filter blog sebegitu
    lagi satu blog yang banyak spam iklan
    adehh..sakit mata je :)

  9. salam,

    patut pun ada juga post y diping kena tapis sbb kata lucah padahal ambil dari my metro untuk dikongsi bersama. hehe.

  10. salam..terkejut jgk msa ping td tulis artikel disyaki unsur lucah..artikel psl novel melayu je..tp takpe..bgus busuk buat mcm nie..takde la artikel lucah berleluasa..hehe.

  11. Bagus team busuk, filteration benda-benda lucah dan gangguan lain amat perlu memandang masyarakat kita sekarang semua in advance idea, kekadang tu mengarut je lebih. Thanks!

  12. satu usaha yg baik…bagus2…

  13. sangat setuju dengan fungsi filter ini

  14. busuk…tolong filter sekali tajuk-tajuk ala-ala lucah..walaupun entri dia x berkaitan dengan lucah tapi still boleh bagi tangapan buruk…kebanyakkan trick ni orang buat letak tajuk lain isi lain…tu dah kira menipu pembaca… nama busuk jugak yang busuk nanti.haha

  15. tak silap dalam tempoh seminggu sebelum admin busuk perkenalkan sistem ini. Saya terkejut lihat article lucah bukan sekadar article tapi dselitkan sekali dengan video lucah fuss gambar jangan ckp laa.. Tapi betul kew perempuan lebih banyak baca article macam nie cam tak percaya hahahaa… dasyat..dasyat…

  16. saya gembira denga berita ini. dan sangat2 mengalukan tapisan yang akan memalukan seluruh malaysia. terima kasih dan great work busuk.org!

  17. sy ada buat 1 entri tajuk “penampakkan bunian di jambatan port dickson” , kena approve by admin sbb disangka lucah. sigh (-_-”). boleh tau perkataan apa yang tak kena kat situ?

  18. Mengapa kategorikan Anwar Ibrahim sebagai lucah?? Walaupun insan tersebut kerap dikaitkan dengan kelucahan. Tetapi bukan salah beliau melucah. Bukan salah beliau melanggan china doll. Bukan salah beliau liwat Saiful hatta secara paksaan atau suka sama suka. Semua salah UMNO.

  19. Buat la 1 form untuk kita report… lagi best boleh banned web2 mcm itsmesaiful nih… hahahhaa

  20. baru ping tadi,tajuknya mmg ada perkataan lucah, agak2 berapa lama admin nak review dan approve?

  21. panas terkini dan semasa haha try la

  22. saya minat artikle lucah

  23. semalam ada satu entry aku kena filter sebab jadi suspek. bila baca artikel nie aku faham laa kenapa kena suspek, tapi kalau dah jadi macam tue, mmg tak akan masuk widget ke? sebab aku cek entry tue tak masuk pun dalam list widget.

    ke tapisan tue mmg ad yg lps tue masuk & ada yg tak masuk…

    :)

    • still masuk kalau admin approve
      untuk menyertai widget..
      tapi kalau artikel tak sesuai masuk
      widget, kami sekadar approve untuk
      tersenarai di laman busuk.org sahaja..

      ini semua bertujuan menjaga pengguna
      widget yang lain.. bayangkan blog ilmiah
      berkaitan agama, tiba-tiba di widget terpapar
      artikel tajuk lucah.. tak ka serabut user tu..
      hahaha

  24. kalau nak masuk ping blog kenape terlalu berat nak loading….?????

  25. admin, harini di widget ada keluar gambar budak sekolah nampak tut.. sgt lucah ..

  26. Habis tu mana pergi artikel yg kena filter tp xde unsur lucah?? Apsal tak publish semula?? Korang tido ke hape??

  27. kenape da login ,tp xle ping,,still same issue
    its appear that you are not login yet,,,
    smp bejanggut ah cmnih?help me

  28. klu spam mmg kesal habis buat camni

  29. Assalamualaikum dari pihak kami fuh.my
    saya rasa pihak busuk tak jalankan kerja..SEMUA entry saya yang di kuarantin langsung tidak di approve oleh pihak busuk sedangkan ada diantara entry tersebut adalah entry ilmiah, ada entry yang langsung tak berkaitan dengan lucah..apakah semua ini?ni sistem filter or sistem terus buang?

    Amat Kesal

  30. banyak gak problem berlaku..pe2 pun kepada Busuk.. semoga tuhan permudahkan urusan anda :)

  31. tahniah.. teruskan usaha admin.. cayalah..

  32. salam admin busuk…saya kne ban tros ke?..tolonglaa jangan ban teros.baru belajar nie tak tau pulak pos gambar2 gadis litar,gmbr tak sesuai..kne ban,maaflaa ye admin,jgnlaa ban lagi ..menyesal dah nie :(

  33. Alhamdulillah..pos sy semua admin approved…
    Sorry…porno2 sy xbrminat…sbb semua artikel akan dibaca oleh semua peringkat umur… Tq Admin…

  34. Baguslah kalau macam tu.. Sekurang-kurangnya kurang sikit isu entah apa-apa ni… Tahniah admin.. :)


Leave a comment

(required)