busuk.org One's own shit doesn't smell

31Aug/128

Installation widget traffik busuk.org untuk blogger baru

Widget traffik adalah merupakan salah satu produk dan perkhidmatan yang direka khas untuk anda yang mahu mempromosikan artikel-artikel di laman blog anda.

Bagaimana widget ini berfungsi? - widget ini akan memberikan pulangan trafik kepada anda yang telah menyumbang trafik kepada artikel user lain.. dalam erti kata lain, sekiranya kami mendapati anda telah memberi 1 trafik kepada artikel lain, kami akan memberikan 2 trafik kepada anda.. sekiranya 5, kami beri 10 kepada anda..

Adakah sistem widget ini adil? - boleh dikatakan hampir 100% adil kerana, artikel yang akan terpapar di laman blog anda (sekiranya anda menggunakan widget ini) juga adalah dikalangan mereka yang meletakkan widget ini juga.. sekiranya laman seseorang itu tidak menyumbang trafik ke laman lain yang menyertai widget ini, peratusan hits ke blognya juga akan dikawal oleh sistem kami..

Gambar 1

Cara memasang widget traffik busuk.org di blogger

Di header ping busuk, sila pilih widget traffik seperti di Gambar 2.

Gambar 2

Anda akan di bawa ke sini, Gambar 3.

Gambar 3

Di sini, terdapat 4 pilihan code widget yang boleh digunakan di blog anda. Sila gunakan code widget yang sesuai dan betul dengan tempat yang anda ingin letak di blog anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin letakkan widget traffik di header blog anda, anda haruslah menggunakan code widget melintang(Gambar 4) atau code widget melintang x 2 (Gambar 5).

Gambar 4

Gambar 5

Sekiranya anda ingin meletakkan di sidebar blog anda, anda haruslah pilih code widget menegak(Gambar 6) atau code widget menegak x 2(Gambar 7).

Gambar 6

Gambar 7

Kemudian, di blog anda. Anda perlulah add gadget seperti Gambar 8.

Gambar 8

Sila pilih HTML/Javascript widget seperti Gambar 9.

Gambar 9

Seterusnya, paste code banner busuk yang anda inginkan seperti yang terdapat di Gambar 4, 5, 6 dan 7 di content HTML/Javascript widget ini seperti Gambar 10 dan Gambar 11.

Gambar 10

Gambar 11

Save dan anda akan berjaya mendapat widget yang diinginkan.

[TAMBAHAN] CUSTOMIZE WIDGET TRAFIK

Untuk blogger yang sudah mengetahui cara untuk memasang widget traffik busuk.org tapi tidak tahu untuk customize widget mengikut size header, sidebar ataupun placement yang diinginkan, admin akan terangkan sedikit sebanyak mengenai cara untuk customize widget traffik busuk.org ini.

Seperti yang anda dapat lihat di Gambar 12, code untuk customize widget traffik ini terdapat di halaman sama.

Gambar 12

Cara untuk customize widget traffik

Langkah pertama untuk customize widget traffik busuk.org adalah dengan memasang code ini di blog anda. Caranya adalah anda ke Design dan pilih Edit HTML seperti di Gambar 13.

Gambar 13

Di sini, anda akan terjumpa dengan edit template. Dengan menggunakan CTRL+F untuk fungsi search. Sila search </b:template-skin> dan cari code ]]> seperti Gambar 14.

Kemudian, paste code customize widget trafik yang diperolehi di Gambar 12 SEBELUM code ]]> seperti Gambar14.

Contoh gambar seperti Gambar 14 di bawah.

Gambar 14

Sila Save Template.

Untuk customize widget traffik busuk.org di blog anda, anda boleh menukar option yang ada di .busuk_font, .busuk_image dan juga .busuk_table.

Cara untuk tukar font widget busuk

.busuk_font {
	font-size: 11px; // untuk besarkan dan kecilkan saiz font
	color: black;	 // untuk tukar warna font
	font-family: "helvetica"; // untuk tukar font family
	text-decoration: none;	  // untuk tukar text decoration
}

Cara untuk customize image kotak widget busuk

.busuk_image {
	border: 3px solid #EEEEEE; // 3px utk tebal, solid utk line, #EEEEEE utk warna line border
	width: 80px; // berapa lebar kotak image
	height: 80px; // berapa panjang kotak image
}

Cara untuk customize jarak antara kotak widget busuk

.busuk_table {
	padding:5px; // size atau jarak antara kotak
}

Save Template anda dan anda telah berjaya install widget traffik busuk.org di blog anda. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan busuk.org.

Posted by myariff

Comments (8) Trackbacks (1)
  1. salam..
    ermm..menarik
    setakat ini..memang
    menyumbang trafik

  2. Penjelasannya mudah diikuti dan sangat bermanfaat untuk aku.

  3. Terima kasih banyak atas perkhidmatan ping yang bagus ini. :)

  4. tapi banner busuk kadang detect kdg tak

  5. tak boleh instal widget busuk xkuar apa pun..login by twitter dah..mohon bantuan


Leave a comment

(required)