busuk.org One's own shit doesn't smell

19Oct/1217

Cara submit artikel blog di ping busuk

Ada di kalangan blogger semua sudah tahu cara-cara hendak submit artikel blog di ping busuk. Tetapi ada juga di antara blogger baru yang masih berjinak-jinak dengan dunia blogger yang tidak mengetahui cara untuk submit artikel blog di ping busuk. Caranya amat senang sekali. Diharapkan, selepas entri ini, blogger baru tahu cara hendak submit artikel blog di ping busuk.

Langkah 1: REGISTER 

Register di ping busuk. Ada 2 cara iaitu menggunakan login facebook ataupun login twitter. Tekan PING! seperti di dalam gambar 1 di bawah.

Gambar 1

31Aug/123

Installation banner busuk.org untuk blogger baru

Gambar 2

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55.

Baru-baru ini sebelum Hari Raya, admin telah mendapat panggilan telefon daripada rakan yang ingin membuat blog. Dia bertanyakan kepada admin tentang cara-cara nak install banner dan widget traffik busuk.org di blognya namun disebabkan admin sibuk, admin hanya mengajarnya sedikit sahaja dan admin dapat mengagak beliau kurang jelas dengan penerangan admin.

Untuk itu, terhasillah entri ini. Diharapkan semua blogger baru faham kerana InsyaAllah, admin akan terang dengan teliti dan terperinci agar mudah difahami.

31Aug/128

Installation widget traffik busuk.org untuk blogger baru

Gambar 7

Widget traffik adalah merupakan salah satu produk dan perkhidmatan yang direka khas untuk anda yang mahu mempromosikan artikel-artikel di laman blog anda.

Bagaimana widget ini berfungsi? - widget ini akan memberikan pulangan trafik kepada anda yang telah menyumbang trafik kepada artikel user lain.. dalam erti kata lain, sekiranya kami mendapati anda telah memberi 1 trafik kepada artikel lain, kami akan memberikan 2 trafik kepada anda.. sekiranya 5, kami beri 10 kepada anda..

Adakah sistem widget ini adil? - boleh dikatakan hampir 100% adil kerana, artikel yang akan terpapar di laman blog anda (sekiranya anda menggunakan widget ini) juga adalah dikalangan mereka yang meletakkan widget ini juga.. sekiranya laman seseorang itu tidak menyumbang trafik ke laman lain yang menyertai widget ini, peratusan hits ke blognya juga akan dikawal oleh sistem kami..

24Jan/128

Tukar title tags untuk lebih trafik daripada search engine

Selepas apply title tags

Attention: Baca sehingga langkah terakhir sebelum anda lakukan editing di blog anda.

Kali ini, Busuk ingin memberi tips untuk mendapatkan trafik lebih daripada search engine. Tips ini adalah antara tips yang dilakukan oleh pro-pro blogger yang tahu tentang "SEO optimization".

Sebelum itu, anda harus tahu, Blogger selalunya akan memaparkan nama blog anda terlebih dahulu dan bukannya title post entri yang anda publishkan. Hal ini menyebabkan, search engine seperti Google atau Yahoo! akan crawl nama blog anda terlebih dahulu dan bukannya title post entri yang anda publishkan.

Mungkin anda tidak nampak lagi apakah signifikannya hal ini. Busuk bagi satu situasi.

24Jan/124

Related Post Widget List untuk Blogger

related post with thumbnails 1

Salah satu cara mudah untuk meningkatkan hits pageview dan tahap pembacaan readers di blog anda adalah dengan menggunakan related post widget dengan thumbnails. Widget ini selalunya diletakkan selepas setiap post atau entri untuk memperkenalkan readers tentang post lain-lain yang menarik yang terdapat di blog anda.

Dibawah ini, Busuk tunjukkan cara-cara untuk memasang widget ini.

1) Login Blogger --> Layout --> Edit HTML dan tick box Expand Widget Templates.